Skip to main content

Bola Sepak

Pogba sedia perkuat Monaco buat kali pertama sejak 'mimpi ngeri' hukuman CAS

Ikuti perkembangan sukan terkini di saluran WhatsApp Astro Arena

Paul Pogba

Perancang tengah Monaco, Paul Pogba, bakal kembali beraksi kembali awal pagi esok berdepan Rennes dalam saingan Ligue 1 selepas hukuman penggantungan dopingnya akan berakhir.

Terdahulu, Pogba diberikan hukuman penggantungan selama empat tahun sebelum dikurangkan kepada 19 bulan oleh Mahkamah Timbang Tara Sukan (CAS) susulan positif doping pada 2023.

Advertisement

Pemain berusia 32 tahun itu yang bergelar ejen bebas sebelum ini menyertai Monaco pada jendela perpindahan musim lalu dan dijangkakan bakal membuat penampilan semula sejak aksi bersama September 2023.

Ketua jurulatih Monaco, Sebastien Pocognoli, memuji perkembangan semasa bekas bintang Manchester United dan Juventus itu dan optimis kualiti Pogba mampu membantu pasukan.

"Kami cuba membantu dirinya mencapai potensi penuh buat pasukan. Dia mempunyai kualiti untuk menyesuaikan diri dengan apa yang kami ingin lakukan di bahagian tengah padang." katanya.

Selepas meninggalkan Manchester United secara percuma pada 2022, Pogba hanya membuat 12 penampilan sepanjang tempoh kedua bersama Juve.

Pogba membuat 157 penampilan dalam Liga Perdana Inggeris sepanjang dua musim bersama United, menjaringkan 29 gol dan mencatat 38 bantuan.

Dia memenangi Liga Europa dan Piala EFL bersama The Red Devils, sebagai tambahan kepada empat gelaran Serie A dan empat piala domestik dalam tempoh sebelumnya bersama Juventus.

Pemenang anugerah Golden Boy 2013 juga telah meraih 91 caps untuk Perancis, menjaringkan 11 gol dan lapan bantuan jaringan, memenangi kedua-dua Piala Dunia B-20 pada 2013 dan Piala Dunia pada 2018.

 

Nike

Sepak Padu Dengan Nike

Diskaun 30% dan ke atas untuk kasut Nike. Masa terhad, cepat dapatkan sekarang!


Grab Sekarang

Must Watch Video