Skip to main content

Berbasikal

The Pocket Rocketman atlet ketiga terima Darjah Bakti

Azizul

Juara Piala Dunia UCI, Datuk Azizulhasni Awang, menjadi individu ketiga dikurniakan Darjah Bakti oleh Yang di-Pertuan Agong, Sultan Ibrahim Sultan Iskandar, sempena Hari Keputeraan Rasmi Seri Paduka Baginda di Istana Negara, hari ini.

Untuk rekod, legenda badminton kebangsaan, Datuk Lee Chong Wei, dan ratu skuasy negara, Datuk Nicol Ann David, merupakan penerima pada 2021 dan 2024.

Darjah Bakti yang diperkenalkan pada 26 Jun 1975, adalah antara darjah kebesaran tertinggi Persekutuan yang dikurniakan kepada individu yang memberikan jasa serta sumbangan luar biasa kepada negara dan pada peringkat antarabangsa dalam pelbagai bidang.

The Pocket Rocketman yang semakin berusia terus mengharumkan nama negara di pentas antarabangsa dengan pelbagai kejayaan merentasi pelbagai kejohanan dan temasya.

 

Anda mungkin berminat dengan

PUMA X SQUID GAME AOP Relaxed Football Jersey (New Navy) 63070716

PUMA X SQUID GAME AOP Relaxed Football Jersey (New Navy) 63070716

Nike Men's Vomero 18 Road Running Shoes - White [HM6803-109]

Nike Men's Vomero 18 Road Running Shoes - White [HM6803-109]

Nike Academy Team (30L) Football Backpack - Black [DV0761-011]

Nike Academy Team (30L) Football Backpack - Black [DV0761-011]

PUMA ULTRA 5 PLAY FG/AG Adult Spikes Apple Green Grass Football 10768903 [Le Mai.com]

PUMA ULTRA 5 PLAY FG/AG Adult Spikes Apple Green Grass Football 10768903 [Le Mai.com]

Luzz pickleball Paddle Pro 4 Tornazo Carbon Fiber Pickleball Paddle - Dual-Layer Core

Luzz pickleball Paddle Pro 4 Tornazo Carbon Fiber Pickleball Paddle - Dual-Layer Core

Must Watch Video