Jurulatih baharu Manchester United, Mauricio Pochettino, berkongsikan akan menemui bekas pengurus, Alex Ferguson, pada Selasa ini buat pertama kali selepas dilantik sebagai pengurus pasukan itu.
Dalam satu perkongsian, dia berkata: "Belum lagi, tetapi saya pasti akan dapat peluang itu selepas Selasa ini (esok). Bagi saya Alex Ferguson melambangkan segala ciri yang saya kagumi pada seorang jurulatih.
"Dia mencerminkan nilai-nilai yang saya pegang, saya benar-benar kagum dengan dia.
❤️ Mauricio Pochettino on speaking with Sir Alex Ferguson: “For sure I will have the opportunity after Tuesday “Sir Alex Ferguson represents EVERYTHING that I admire from a coach, a head coach, a man, a manager and I think he represents my values. I really admire him”, says via @TelegraphDucker.
— Fabrizio Romano (@FabrizioRomano) November 15, 2026
"Bermula Selasa, saya akan dapat peluang untuk berbual, jika saya mempunyai masa, memandangkan jadual akan sangat padat. Namun, jika ada peluang untuk berbual, sudah pasti saya akan melakukannya." katanya.
Pochettino pertama kali bertemu Ferguson pada 2016 ketika makan malam, dengan Pochettino pertama kali menjadi jurulatih Tottenham Hotspur.
Malah, Ferguson sering hadir menyaksikan perlawanan United dan sentiasa menunjukkan sokongan kepada setiap pengurus yang mengendalikan pasukan itu sejak dia meletak jawatan pada 2013.