Skip to main content

Bola Sepak

Please la brother... -- Tular mesej antara Shahril Mokhtar-Ketua Unit Pengadil di media sosial

pll

"Adakah tindakan tersebut merupakan satu bentuk rasuah (‘corruption’)? Jawapannya tidak"

 

Advertisement

Timbalan Presiden Persatuan Bolasepak Selangor (FAS), Datuk Seri Shahril Mokhtar, mengambil keputusan untuk berkongsikan tangkap layar mesej yang didakwa merupakan satu bentuk rasuah terhadap pengadil.

Dia mengemukakan tangkap layar itu antara dirinya dan Ketua Unit Pengadil, Haji Kassim Kadir Bacha, selepas aksi antara Selangor dan Kuching City pada 23 Februari lalu.

Malah, dia turun telah mengemukakan tangkap layer itu kepada Presiden MFL, Dato’ Abd Ghani, serta Setiausaha Agung FAM, Datuk Noor Azman, yang memohon siasatan dijalankan sekiranya terdapat sebarang unsur rasuah mahupun mempengaruhi tindakan pengadil.

"Adakah saya cuba mempengaruhi keputusan pengadil? Juga tidak. Sekiranya itu niat saya, mesej tersebut sudah tentu dihantar sebelum perlawanan berlangsung, bukannya selepas ia berakhir.

 

 

 

"Demi ketelusan, saya telah berkongsi tangkap layar mesej tersebut kepada umum.

"Selain itu, sejurus isu ini timbul, saya sendiri telah mengemukakan tangkap layar mesej berkenaan kepada Dato’ Abd Ghani, Presiden MFL, serta Datuk Noor Azman, Setiausaha Agung FAM, dan memohon agar siasatan dijalankan sekiranya terdapat sebarang unsur rasuah atau cubaan mempengaruhi keputusan pengadil. Salinan mesej tersebut turut disertakan.

"Kenyataan ini dibuat bagi menjelaskan keadaan sebenar dari pihak saya. Saya juga tidak mahu Selangor FC dan Persatuan Bolasepak Selangor terpalit dengan isu ini, memandangkan dakwaan tersebut ditujukan kepada saya secara peribadi sebagai pegawai kelab.

"Saya berharap perbincangan meja bulat rakan kongsi MFL tersebut dapat mencapai matlamatnya serta memberi manfaat kepada pembangunan bola sepak Malaysia." kongsinya.

Must Watch Video