Kelibat Datuk Azizulhasni Awang terus menjadi tumpuan selepas polemik hala tujunya ke Sukan Olimpik Los Angeles (LA) 2028.
Namun, Presiden Persekutuan Kebangsaan Berbasikal Malaysia (PKBM), Datuk Amarjit Singh Gill, menegaskan segala yang berlaku adalah cerita lama dan tidak perlu lagi diungkit.
Isu hala tuju Azizulhasni ke LA 28 timbul selepas bekas juara dunia keirin itu menyatakan keperluan untuk mendapatkan penjelasan mengenai sokongan terhadap misinya ke temasya berkenaan.
Apa pun, Amarjit percaya pelumba yang digelar The Pocket Rocketman itu mampu menambah satu lagi kemanisan dalam karier, selepas menyumbang emas dalam keirin Sukan Komanwel Glasgow 2026.
"Apa yang berlaku biarkan berlalu.
"Saya percaya dia cukup bersedia untuk berikan prestasi 1000 peratus.
"Saya yakin dia akan meraih kejayaan untuk Malauysia dan dirinya sendiri.
"Dia pastinya mahu memenuhi kepuasannya dalam Sukan Asia dan negara," katanya.