Bekas pembantu jurulatih Juventus, Alparslan Erdem, berkongsikan pemain legenda Itali, Andrea Pirlo, pada awalnya tidak mahukan khidmat Cristiano Ronaldo ketika bertugas sebagai pengendali Juventus.
Kapten Potugal itu menyertai kelab gergasi Itali itu daripada Real Madrid dengan nilai perpindahan lebih 100 juta Euro (RM473 juta).
Ronaldo dilaporkan bersetuju dengan terma kontrak selama empat tahun yang akan menyaksikan penyerang itu meraih gaji 30 juta Euro (RM142 juta) semusim ketika Bersama Juventus.
Alparslan Erdem, former Andrea Pirlo assistant:
“Pirlo didn’t like Dybala, and Cristiano Ronaldo didn’t fit his style at all. He wanted a high press, and data showed Ronaldo was the worst in sprints.”
— Bild via @mirkonicolino via @forzajuveen pic.twitter.com/2rKsKHnZF5— Around Turin (@AroundTurin) October 18, 2025
"Pirlo tidak mahukan Cristiano Ronaldo, tetapi tiada apa yang dia mampu lakukan, itu adalah Cristiano Ronaldo.
"Kami menganalisis data, ia menunjukkan Ronaldo teruk dalam larian dan melakukan tekanan tinggi.
"Pirlo lebih mahukan Alvaro Morata, yang lebih sesuai dengan taktikal 4-4-2. Sistem itu tidak bekerja untuk Ronaldo atau Paulo Dybala, tiada apa yang dia mampu lakukan." kongsinya.
Untuk rekod, ketika beraksi dibawah kendalian Pirlo, Ronaldo meledak 36 gol, lima bantuan jaringan dalam 44 perlawanan.