Selebriti tanah air, Datuk AC Mizal, optimis sudah memiliki pelan tersendiri untuk melebarkan sukan pickleball bersama peminat dan rakan- rakannya agar terus mendapat tempat dalam semua lapisan masyarakat.
Ketika ditanya mengenai pengalaman sebagai pelakon mahupun penyanyi, AC Mizal memasang impian untuk bersaing dengan artis antarabangsa di luar negara.
Advertisement
"Bagi saya ini satu kejohanan yang bagus kerana akan membuka mata masyarakat bahawa ramai artis sertai aktiviti sihat.
"Saya harap akan diteruskan lagi, ramai artis dan selebriti yang mula cenderung kepada sukan yang menyihatkan.
"Jika di masa akan datang ke luar negara berdepan artis luar negara bagus juga." katanya.
Dia juga meninggalkan harapan besar dalam penganjuran Kejohanan Pickleball Celebrity Slams 2025 yang diiringi dengan sorakan gemuruh oleh penyokong dan peminatnya sendiri.
Hari kedua Pickleball Celebrity Slams 2025 menjanjikan kehangatan luar biasa! Sekiranya anda tidak berkesempatan untuk hadir di Setia Alam bagi menyaksikan kejohanan itu, anda tidak perlu gusar kerana Astro Arena akan membawakan semua aksi mendebarkan bermula 10:30 pagi di saluran Astro Arena 801HD.