Pickleball Celebrity Slam by Panas Express & Astro bakal diperkenalkan buat julung kalinya dan akan menggabungkan elemen sukan, hiburan, dan gaya hidup sihat dalam satu gelanggang. Kejohanan ini akan berlangsung pada 6 dan 7 Disember 2025 di 9Pickle, Setia Alam, dan akan disiarkan secara langsung di Astro Arena (Saluran 802) serta di platform digital, Astro GO & sooka.
Enam pasukan akan memberikan persaingan sengit dalam empat kategori yang akan dipertandingkan iaitu Beregu Lelaki, Beregu Campuran, Beregu Terbuka dan Individu. Pemilik setiap pasukan ini ialah Datuk AC Mizal, Tan Boon Heong dan Chan Peng Soon (bekas pemain badminton negara), usahawan terkenal, Azzim Zahid Azim atau dikenali sebagai Meri (Pengasas Bulan Bintang), Ashraf Anuar (Pengasas jenama
streetwear tempatan, SVG Worldwide) dan Vincent Siow (Pengasas Panas Express).
Advertisement
Antara selebriti dan bekas atlit yang akan turut sama memeriahkan kejohanan ini nanti seperti Adlin Aman Ramlie, Sharif Zero,
Datuk Minarwan Haji Nawawi dan Koo Kien Kiat.
Ketua Bahagian Sukan Astro, Nicholas John, berkata, “Sukan pickleball kini semakin mendapat perhatian dan dekat di hati peminat. Pada Julai lalu, Astro buat pertama kalinya menyiarkan secara langsung PPA Tour Asia 2025. Acara sulung tersebut ialah Panas Kuala Lumpur Open 2025 di Malaysia, yang kemudian disusuli dengan Panas Malaysia Cup 2025 pada September lalu yang menampilkan pemain ternama dunia.
Kedua-dua kejohanan ini menjadi langkah penting dalam usaha menyokong pembangunan sukan pickleball, sekali gus menarik audiens baharu untuk mengikuti perkembangan sukan ini. Astro melihat potensi besar pickleball bukan sahaja sebagai satu aktiviti gaya hidup sihat, tetapi juga sebagai sukan kompetitif yang mampu berkembang pesat. Kehadiran selebriti dalam kejohanan ini diharap dapat memperluas daya tarikannya, selain membuka peluang penajaan.
Saya optimis bahawa Pickleball Celebrity Slam ini adalah titik permulaan ke arah pembentukan sebuah liga profesional pickleball
di masa depan,” katanya.
Sementara itu, Pengasas Panas Express, Vincent Siow, berkata, “Selepas kejayaan penganjuran PPA Tour Asia 2025, kami percaya bahawa Malaysia memiliki potensi besar untuk menjadi hab utama perkembangan pickleball di rantau ini. Dengan kerjasama bersama Astro dalam penganjuran Pickleball Celebrity Slam, kami berharap untuk memperkukuhkan lagi komuniti pickleball tempatan serta memperluas daya tarikannya melalui platform hiburan dan selebriti,” katanya.
Selama dua hari penganjuran, penonton bukan sahaja berpeluang menyaksikan perlawanan penuh aksi, tetapi mendapat pengalaman eksklusif berinteraksi bersama selebriti kegemaran. Dengan suasana santai dan penuh bertenaga, Pickleball Celebrity Slam 2025 menjanjikan gabungan aksi sukan dan hiburan yang dinanti-nantikan.
Dapatkan tiket anda di www.ticket2u.com.my bermula 28 November atau saksikan secara langsung di Astro Arena (Saluran 802), Astro GO dan sooka!
Langgan Pek Sports Astro One dengan hanya RM99.99/bulan. Strim Senang Hati, Hiburan Tanpa Henti.
Tingkatkan pengalaman penstriman dengan menaik taraf ke Astro Fibre 500Mbps beserta Pek Sports dengan hanya RM189.99/sebulan.
Untuk melanggan atau menaik taraf ke Astro One, layari http://www.astro.com.my atau WhatsApp ke 03 9543 3838.