Hampir sebulan selepas saya ditugaskan sebagai hos bersama Nafis (Abang Botak) dalam saingan yang buat julung kalinya diadakan di 9 Pickle Setia Alam, dan ditayangkan secara langsung di Astro Arena.
Konsepnya mudah, enam pasukan bertanding untuk merebut gelaran sulung, kejohanan ini menghimpunkan gabungan unik atlet, bekas atlet, pemain pro, semi-pro serta selebriti tanah air untuk merebut taruhan hadiah utama RM30,000. Sejujurnya, saya sendiri tidak menjangkakan tahap kemahiran mereke, lebih-lebih lagi selebriti yang terlibat.
Advertisement
Rupa-rupanya ramai yang benar-benar boleh bermain dengan baik, malah ada yang memperaga pelbagai gaya permainan yang kreatif dan menghiburkan. Daripada pukulan berani sehinggalah aksi bersahaja, semuanya mencuri perhatian dan membuatkan penonton terus melekat di tepi gelanggang.
Kehadiran selebriti seperti Datuk AC Mizal, Adlin Aman Ramli, Tomok, serta Cik Manggis daripada kumpulan De Fam menambah lagi seri acara ini. Namun, kemuncak kejohanan sudah tentu menyaksikan Team All Stars yang diketuai oleh Olimpian, Chan Peng Soon, muncul juara selepas kemenangan dramatik dalam aksi ‘Dream Breaker’ menentang Team Panas.
Dan shout out to SVG Pickleball yang saya fikir tampil bergaya dengan pakaian keluaran terbaru penjenamaan SVG dengan barisan pemain seperti pemiliknya Ashraf Anuar, pempengaruh Atita Haris dan juga Harris Anuar dan lain-lain.
Secara keseluruhan, acara yang sangat menarik dengan terik matahari yang mempamerkan pelbagai aksi luar biasa lebih- lebih lagi kebanyakan pasukan yang membuka mata orang ramai untuk mulakan aktiviti sihat ini dengan kehandalan mereka di atas gelanggang.
Season 2, coming soon?!