Wartawan terkenal dari Chile, Maestro Pichanguero, mengaitkan penyerang warisan Harimau Malaya, Rodrigo Holgado, dengan juara Liga Super 11 musim berturut-turut, Johor Darul Ta'zim (JDT), sebagai destinasi barunya.
Sebelum ini, bekas penyerang America De Cali berusia 30 tahun itu dilaporkan bakal 'pusingan U' mengenai status dirinya yang mempertimbangkan persaraan sepenuhnya daripada arena bola sepak profesional.
Advertisement
Dia antara tujuh pemain warisan negara yang dikenakan hukuman penggantungan selama 12 bulan oleh Persekutuan Bolasepak Antarabangsa (FIFA) berhubung isu pemalsuan dokumen selepas mewakili Malaysia ketika menentang Vietnam dalam aksi Kelayakan Piala Asia 2027 tahun lalu.
"Saya dimaklumkan bahawa pihak Coquimbo Unido sedar sepenuhnya tentang keadaan ini dan sekiranya hukuman itu dibatalkan, pemain itu akan menamatkan kontrak bersama America de Cali, yang sepatutnya tamat pada penghujung 2026.
"Selepas itu, pemain berkenaan bakal dibawa masuk oleh Johor (JDT) dari Malaysia dengan kontrak jangka panjang,
"Kemudian, keadaan menjadi menarik kerana Coquimbo Unido mahu mendapatkan khidmat Holgado untuk menghadapi kempen Copa Libertadores, justeru pemain itu turut mempertimbangkan sebarang keputusan.
"Sekiranya berlaku demikian, keutamaan pemain ini adalah untuk pulang ke kelab aurinegros menerusi pinjaman selama enam bulan hingga satu tahun" katanya seperti yang tular di media sosial baru-baru ini.