Skip to main content

Bola Sepak

Piala XCRIIM: Produk Akademi Wira Muda Panther dapat tawaran JDT

gf

Kejohanan Bola Sepak Piala XCRIIM 2026 bagi penganjuran bawah 12 tahun melabuhkan tirainya hari ini apabila Akademi Wira Muda Panther mengekalkan kejuaraan dengan menundukkan Penang Panther 2-0.

Selaku juara bertahan, Akademi Wira Muda Panther tidak berdepan masalah untuk menempah slot final dengan menjuarai peringkat kumpulan dalam sesi pada sebelah pagi tado.

Elemen kejutan berlaku sebelum aksi final berlangsung apabila venue kejohanan di Ipoh, Perak, itu dilanda hujan lebat yang menyaksikan perlawanan tergendala.

Sebaik penganjuran memberikan lampu hijau perlawanan final berlangsung, keadaan padang menyukarkan pemain untuk beraksi seperti kebiasaan.

Pada ketika inilah, kreativiti pemain jadi pemisah dan aspek itu menjadi kelebihan buat Akademi Wira Muda Panther yang meledak 2 gol tanpa balas.

Jaringan pembukaan Akademi Wira muda Panther disumbangkan Muhammad Aakif Dary Azmail menerusi sepakan penalti.

 

 

Bagaikan bulan jatuh ke riba apabila Akademi Wira Muda Panther menggandakan kedudukan hasil jaringan sendiri pihak lawan, secara tidak langsung menutup cerita kejyaaan pertembungan dua pasukan Pulau Pinang di pentas final.

"Beberapa pemain kami telah diserap ke Akademi Mokhtar Dahari (AMD) dan Akademi JDT.

"Esok, seorang lagi pemain kami akan menandatangi kontrak di Akademi JDT, esok.

"Saya sudah berpesan kepada pemain-pemain mengenai permukaan padang yang boleh menghalang taktikal kami.

"Kami terpaksa menghantar bola terus ke kawasan lawan dan pemain di bahagian serangan pula memanfaatkan pula," kata Shaik Awish Alkirani, ketua jurulatih Akademi Wira Muda Panther.

Anda mungkin berminat dengan

adidas Football Argentina 26 Home Pre Match Jersey Men White JY9530

adidas Football Argentina 26 Home Pre Match Jersey Men White JY9530

adidas Football Spain 26 Home Fan Jersey Men Red JZ5780

adidas Football Spain 26 Home Fan Jersey Men Red JZ5780

adidas Football DFB GERMANY METAL BOTTLE Unisex White KF4127

adidas Football DFB GERMANY METAL BOTTLE Unisex White KF4127

adidas Football Mexico 26 Home Pre Match Jersey Men Green JY5485

adidas Football Mexico 26 Home Pre Match Jersey Men Green JY5485

LEGO Editions Sports 43020 FIFA World Cup Official Trophy (2842 Pieces)

LEGO Editions Sports 43020 FIFA World Cup Official Trophy (2842 Pieces)

Must Watch Video