Pemenang pingat emas beregu wanita Sukan Komanwel Gold Coast 2018, Chow Mei Kuan, mengakui ketiadaan Pearly Tan dalam senarai akhir pemain ke saingan Piala Uber bakal memberi cabaran besar kepada skuad negara kerana corak permainan pemain tersebut amat ditagih bagi menyumbang satu mata buat skuad uber negara.
Kemasukan pemain muda, Chong Jie Yu disifatkan merupakan antara percaturan pintar dilakukan Persatuan Badminton Malaysia (BAM) bagi memberi ruang pendedahan kepada ubi muda itu untuk menjadi kematangan dalam permainannya.
Advertisement
Sementara itu, Mei Kuan turut membayangkan kemenangan akan berpihak kepada skuad Piala Uber negara dalam perlawanan pertama menentang Turkiye pada 25 April nanti.
"Jika ada Pearly Tan dalam skuad negara, tiada masalah untuk menyumbang satu mata tetapi kecederaan yang ditimpa terpaksa disihkan, namun saya percaya skuad negara mampu untuk ke suku akhir.
"Saya berharap Jie Yu mampu beri sesuatu buat skuad negara tetapi kita tidak perlu memberi terlampau tekanan buat dirinya kerana pertama kali beraksi di Piala Uber.
"Kita harus beri motivasi tinggi kepada mereka dalam lebih penting mereka harus tampil dengan kredibiliti tinggi." Katanya di Nadi Weekend.