Skip to main content

Badminton

Piala Uber: Skuad negara tewas tapi perlawanan keempat curi tumpuan

Uber

Kem Piala Uber negara menemui kekalahan pertama Kumpulan B musim ini apabila tewas kepada pasukan Jepun yang berkesudahan 1-4 Forum Horsens, Denmark, semalam.

Selepas sah melayakkan diri ke suku akhir buat kali pertama sejak 2010, cabaran sebenar menanti pasukan wanita negara usai menewaskan Turkiye dan Afrika Selatan.

Advertisement

Permulaan meyakinkan daripada perseorangan kebangsaa, K. Letshanaa, apabila mengekori rapat jaguh Matahari Terbit itu, namun Akane Yamaguchi lebih mengungguli permainan dan meraih mata pertama 19-21, 17-21.

Hajat kem negara untuk menyamakan kedudukan tidak kesampaian tatkala gandingan Ong Xin Yee-M. Thinaah akur kepada beregu wanita nombor enam dunia, sekali gus tewas 9-21, 9-21.

Dan, Jepun meyempurnakan kemenangan 3-0 susulan Tomoka Miyazaki menundukkan bakal permata baru negara, Wong Ling Ching, dengan straight set 21-16, 21-13 untuk bergelar juara Kumpulan B.

Di sebalik kekalahan berturut-turut wakil negara, muncul gandingan kedua wanita Malaysia mencuri tumpuan apabila turun selaku status bukan pilihan, tetapi mengejutkan gandingan nombor tujuh dunia.

Persembahan luar biasa itu mendapat perhatian peminat kerana tidak berputus asa mengheret Rin Iwanaga-Kie Nakanishi ke set penentuan sebelum menoktahkan satu-satunya kemenangan menentang Jepun 21-17, 12-21, 21-19 untuk kedudukan 1-3.

Low Zi Yu-Noraqilah Maisarah Ramdan masing-masing baru berusia 18 dan 15 tahun memberi nafas baharu seterusnya menjadi prospek sektor tersebut.

Memasuki aksi terakhir berpasukan, Goh Jin Wei hampir memberikan kemenangan kedua selepas mendahului set pertama 21-19, namun terpaksa menarik diri pada set kedua ekoran kekejangan otot di perut.

Persoalan siapakah lawan Malaysia di peringkat kalah mati akan terjawab nanti.

Kredit gambar: Jurukamera Astro Arena, Shahir Othman.

Must Watch Video