Skip to main content

Badminton

Piala Uber: Rexy tabik persembahan luar biasa Noraqilah Maisarah-Low Zi Yu

rexy

Pengarah Kejurulatihan Beregu Persatuan Badminton Malaysia (BAM), Rexy Mainaky, memberikan tabik terhadap prestasi beregu muda negara, Noraqilah Maisarah Ramdan-Low Zi Yu, yang mencipta kejutan menumbangkan gandingan nombor 7 dunia dari Jepun, Rin Iwanaga-Kie Nakanishi, dalam aksi terakhir Kumpulan B, Piala Uber di Denmark, malam tadi.

Noraqilah Maisarah (18) dan Zi Yu (15) mencipta kejutan apabila menumbangkan lawan dengan nama besar itu 21-17, 12-21, 21-19 untuk memberikan mata tunggal negara ketika tewas 1-4 kepada Jepun dalam penentuan juara kumpulan berkenaan.

Advertisement

Bagi Rexy, kemenangan itu mengubati kekalahan skuad negara, yang telah mengesahkan kelayakan ke suku akhir hasil dua kemenangan terdahulu.

"Mereka merupakan pemain muda tetapi telah menunjukkan bahawa akan datang ini, mereka boleh memberikan sumbangan yang baik buat pasukan," katanya kepada wartawan Astro Arena, Faizal Bazari.

 

Must Watch Video