Skip to main content

Badminton

Piala Uber: Malaysia atasi ranjau Turkiye

aa

MALAYSIA 3 TURKIYE 2 

K. Letshanaa menceriakan kem negara selepas bermula langkah kanan dengan menghadiahkan mata pertama buat kem Piala Uber negara yang beraksi Kumpulan B ketika mengatasi Turkiye, sebentar tadi.

Advertisement

Bagaimanapun, rentaknya kerap kali diuji dengan rejaman sisi lawannya dan kesilapannya yang nyaris memakan diri apabila membenarkan lawan bangkit 21-16 dalam set kedua setelah menawan set pertama 21-13.

Kamahuan mematikan bulu tangkis terlalu awal merupakan faktor mengapa Letshanaa hampir terlepas mata penting, namun set ketiga menjadi saksi kepada ketenangannya untuk kembali menemui rentak dan mengatasi ke atas Neslihan Arin 21-13 yang menyaksikan kali terakhir mereka berentap adalah menerusi Cabaran Antarabangsa Uganda, tiga tahun lalu.

Biarpun menang, dia mengakui banyak yang perlu diperbaiki menjelang saingan seterusnya berdepan Afrika Selatan.

Bagaimanapun, kesakitan di bahagian belakang badan dan kecederaan pinggul meragut impian negara untuk memperoleh mata kedua perlawanan pembukaan peringkat kumpulan Piala Uber menerusi Wong Ling Ching lebur apabila dia terpaksa akur kepada pemain di ranking ke-78 dunia dari Turkiye, sebentar tadi.

Kekalahan dalam kempen di Horsens, Denmark, itu menyaksikan Ozge Bayrak menonjolkan keunggulan untuk menang 17-21, 21-15, 18-21.

Bagaimanapun, Goh Jin Wei kembali memberikan nafas baharu kepada skuad negara dengan kemenangan berharga menewaskan Zehra Erdem secara straight set 21-14, 21-13.

Dalam pada itu, impian scratch pair yang pertama kali digandingkan, M. Thinaah- Ong Xin Yee, terlepas peluang untuk menyumbang mata seterusnya apabila tewas dalam aksi straight set kepada Bengisu Ercetin-Nazlican Inci 22-20, 19-21, 19-21.

Bagaimanapun mata kemenangan negara akhirnya tiba apabila Low Zi Yu- Noraqilah Maisarah Ramdan mencipta kemenangan straight set untuk mengatasi Yasemen Bektas-Zehra Erdem 21-18, 21-15.

 

 

 

 

 

 

kredit imej: Shahir Othman

Must Watch Video