Skip to main content

Badminton

Piala Uber: Low Zi Yu pasang hajat besar transisi ke peringkat senior

Ikuti perkembangan sukan terkini di saluran WhatsApp Astro Arena

badminton

Pemain muda negara, Low Zi Yu, mengambil pendekatan berhati-hati menjelang Kejohanan Dunia Remaja tahun ini, selain menyimpan impian besar untuk menyarung jersi skuad Piala Uber 2026.

Naib juara dunia remaja sebanyak dua kali itu berpendapat peluang memburu pingat secara hatrik hanya boleh dinilai selepas dia menguji kesefahaman bersama gandingan barunya.

Advertisement

Sebelum ini, Zi Yu merangkul pingat perak beregu wanita pada 2024 bersama Dania Sofea Zaidi dan mengulangi kejayaan itu pada 2025 bersama Aqilah Maisarah Ramdan, sekali gus membuktikan konsistensinya di peringkat remaja.

Dalam edisi tahun ini, dia digandingkan pula dengan Nur Aina Maisarah Hatta sambil meneruskan transisi ke dalam skuad senior kebangsaan.

Selepas mempamerkan prestasi memberangsangkan dalam Kejohanan Badminton Berpasukan Asia (BAC) bersama Aqilah Maisarah, Zi Yu menegaskan keinginannya untuk menyertai skuad Piala Uber dan menyumbang mata buat negara.

"Kalau diberi peluang, saya perlu berjuang dan tidak boleh berasa gentar.

"BAC memberi saya pengalaman dalam mengawal tekanan. Banyak lagi pengalaman yang perlu dikutip di peringkat senior.

"Gandingan saya juga bagus. Nur Aina Maisarah pula gemar dengan kawalan dari bahagian belakang seperti saya jadi kami perlu imbanginya.

"Dengan pertukaran gandingan baru, saya tidak meletakkan sebarang sasaran tertentu dan kejohanan di Jerman menjadi medan untuk kami mengukur kemampuan," katanya. 

Must Watch Video