Skip to main content

Badminton

Piala Thomas/Piala Uber: Bekas kecederaan faktor positif buat negara -- Roslin Hashim

n

Naib juara dua kali Piala Thomas, Roslin Hashim, berpandangan pertaruhan Persatuan Badminton Malaysia (BAM) terhadap gabungan pemain muda dan berpengalaman mampu memberi impak positif sekiranya dimanfaatkan dengan cemerlang.

Kehadiran Lee Zii Jia sebagai tonggak bagi membantu perseorangan ketiga --  disokong oleh Leong Jun Hao dan Justin Hoh sebagai pilihan utama dan kedua -- mampu mewujudkan keseimbangan antara pengalaman dan tenaga muda dalam pasukan.

Advertisement

"(Turun sebagai) perseorangan ketiga sebenarnya menawarkannya kelebihan.

"Paling penting pemain bebas kecederaan kerana ia serba sedikit boleh mengganggu corak permainan dan keyakinan.

"Dengan perkembangan bahawa pemain negara bebas daripada kecederaan, ini satu berita yang baik dan memberikan keyakinan kepada pasukan," kata jurulatih Mesir itu.

 

 

 

Roslin melihat ketiadaan Pearly Tan dalam skuad Piala Uber sebagai satu cabaran, namun membuka peluang besar kepada pemain muda untuk membuktikan kemampuan dan membina keyakinan di pentas antarabangsa.

Bekas pemain nombor satu dunia itu menegaskan kejohanan berpasukan seperti ini bukan sahaja menguji kemampuan individu, malah juga kekuatan mental dan semangat berpasukan dalam menentukan kejayaan Malaysia bagi memperbaharui rekod layak ke suku akhir Piala Uber pada 2010 termasuk menamatkan kemarau 34 tahun kejuaraan Piala Thomas.

"Ini pendedahan yang baik untuk pemain muda.

"Keputusan yang mereka lakar kebelakangan ini juga agak baik. Ini bagus untuk masa depan mereka.

"Walaupun ketiadaan gandingan Pearly Tan-M Thinaah tapi berdasarkan pencapaian mereka dalam kejohanan individu, saya rasa mereka mampu pergi lebih jauh," katanya lagi.

Must Watch Video