Legenda badminton negara, Datuk Rashid Sidek, menyifatkan keupayaan Lee Zii Jia untuk memenangi semua perlawanan semasa kempen Piala Thomas berlangsung menunjukkan perkembangan positif meskipun berstatus pemain profesional.
Melihat kepada prestasi yang ditampilkan, Rashid mengakui peningkatan sememangnya ada namun masih terlalu awal untuk mengatakan Zii Jia sudah berada di tahap terbaik serta konsisten.
Advertisement
Ini susulan dia diletakkan untuk menentang pemain lawan yang bukan di ranking tertinggi sekali gus masih terdapat kelompongan proses penilaian secara keseluruhan.
Penanda aras sebenar boleh ditentukan selepas ini dalam aksi berlainan bertemu pemain di kelompok terbaik dunia.
"Pada pandangan saya okay secara keseluruhan, tetapi dia masih belum diuji dengan pemain-pemain yang berada dalam kelompok 10 terbaik.
"Di tahap pemain biasa, standard dia sudah disitu.
"Dia perlu tingkatkan latihan lagi agar lebih bersedia, secara keseluruhan aksi dia okay." kata pemenang pingat emas Piala Thomas 1992 itu.