Pengarah Kejurulatihan Perseorangan Persatuan Badminton Malaysia (BAM), Kenneth Jonassen, yang mengambil tanggungjawab penuh atas kegagalan skuad Piala Thomas meraih gelaran juara dalam kempen di Horsens, Denmark.
Dua perseorangan negara, Leong Jun Hao dan Justin Hoh, termasuk beregu lelaki, Aaron Chia-Soh Wooi Yik, gagal menyekat kemaraan China yang menguasai sepenuhnya pertemuan suku akhir pada malam tadi.
Advertisement
Lantas, banyak kerja rumah yang perlu dilakukan pemain perseorangan sekiranya mereka ingin menyaingi pasukan seperti Tembok Besar itu.
Pemain dituntut tampil dengan corak permainan berbeza dan perlu mengetahui setiap hantaran yang ingin dilakukan serta mengeksploitasi kelemahan lawan.
"Dalam perseorangan lelaki, anda tidak perlu sentiasa memecut, ia mengenai ketahanan.
"Pemain perlu memahami kekuatan dan kelemahan, bukannya mendesak segalanya agar berlaku. Pemain perlu bersabar dan akur mungkin tidak menemui pukulan kemenangan.
"Mereka perlu sedar aspek taktikal yang digunakan pihak lawan sebagai perangkap, misalnya anda dapat memungut dua daripada lima mata yang direbut maka anda masih di pihak yang rugi.
"Pemain perlu lebih matang dalam memahami pertarungan.
"Secara keseluruhannya, kempen ini mengecewakan," katanya.