Skip to main content

Badminton

Piala Thomas: Malaysia sasar jadi juara

Ikuti perkembangan sukan terkini di saluran WhatsApp Astro Arena

badminton

"Sasaran kami masih lagi untuk memenangi Piala Thomas."

Demikian tegas Presiden Persatuan Badminton Malaysia (BAM), Datuk Seri Tengku Zafrul Tengku Abdul Aziz, ketika ditanya tentang adakah kejuaraan Piala Thomas merupakan sasaran realistik.

Advertisement

Tengku Zafrul berkata keputusan meletakkan Malaysia sebagai juara bukan hanya omongan kosong, sebaliknya ia adalah suara kolektif bersama pengurusan dan jurulatih.

Biarpun rata-rata netizen mempersoalkan keputusan tersebut ekoran prestasi tidak menentu perseorangan lelaki negara, namun beliau percaya tiada yang mustahil bergelar juara Piala Thomas.

Dukungan itu hadir bersama harapan peminat untuk menyaksikan kem badminton negara kembali merangkul gelaran tersebut selepas kali terakhir menggapainya dalam edisi 1992.

Persoalan demi persoalan muncul, dan hakikatnya ranking perseorangan lelaki negara masih gagal menembusi kelompok 20 terbaik dunia serta kayu ukur prestasi terkini juga agak suram.

Bagaimanapun, BAM sudah pasti memiliki idea dan magis yang akan dipersembahkan dalam kejohanan berpasukan lelaki tersebut.

"Saya sudah berbincang dengan pengurusan dan kejurulatihan dan standard kami adalah untuk menjadi menjuarai Piala Thomas.

"Kami ada peluang yang baik menerusi perseorangan mahupun beregu.

"Tidak mencapainya tak apa tapi perlu hasilkan penampilan terbaik, kami tidak mahu beralasan. Saya optimis bahawa saya mempunyai kepimpinan di BAM untuk menjadikannya sebagai kenyataan," katanya.

Must Watch Video