Skip to main content

Badminton

Piala Thomas: James Selvaraj saran Zii Jia 'berguru' dengan Kenneth Jonassen

jia

Bekas Pengarah Prestasi Tinggi Persatuan Badminton Malaysia (BAM), Datuk James Selvaraj, menyarankan Lee Zii Jia mendapatkan khidmat ketua jurulatih perseorangan negara, Kenneth Jonassen bagi memastikan dirinya kembali berada dalam landasan terbaik menjelang saingan Piala Thomas 2026 di Horsens, Denmark, pada April nanti.

Ia berikutan prestasi Zii Jia yang tidak menentu, terbaharu dia tewas kepada pemain Singapura, Jason Teh, dalam pusingan pertama Terbuka Terbuka Switzerland 12-21 14-21 sekali gus menimbulkan kegusaran peminat untuk dirinya memberikan mata dalam saingan Piala Thomas nanti.

Advertisement

"Dia tewas, saya tahu. Dia perlu tahu masalahnya sendiri, jika dia mewakili negara di Piala Thomas dia perlu masuk sebagai perseorangan ketiga, tidak boleh pertama atau kedua.

"Ranking dia dibawah, kita perlu lihat situasi ini adakah dia pemain yang tepat buat masa ini. Mungkin   dalam aksi tertentu dia akan beraksi sebagai perseorangan ketiga." katanya.

Sebagai pemain perseorangan lelaki ketiga, James melihat tanggungjawab Lee Zii Jia, sungguh berat, namun ketika ini secara realistiknya, namanya masih berada dalam barisan pemain terbaik dimiliki perseorangan lelaki negara.

Justeru, James menasihati Zii Jia agar menawarkan diri untuk berlatih lebih awal di BAM bagi menamatkan penantian 34 tahun Malaysia muncul juara Piala Thomas selepas kali terakhir melakukannya pada 1992.

"Apabila dia sertai skuad kebangsaan, dia berada di bawah Kenneth, jadi bagus untuk Kenneth membantu dia. Dia tahu apa yang akan terjadi, perlu maklumkan dia apa yang perlu dilakukan untuk memberikan Malaysia satu mata." tambahnya.

Must Watch Video