Juara Seluruh England 2003, Hafiz Hashim, percaya pengalaman yang dimiliki Lee Zii Jia masih mampu memberi impak besar kepada pasukan negara dalam Piala Thomas di Denmark, hujung bulan depan.
Walaupun Zii Jia kini berdepan cabaran kecederaan dan tidak lagi berada dalam kelompok ranking terbaik dunia, kehadirannya tetap membawa nilai daripada segi pengalaman dan aura di gelanggang.
Advertisement
Tambahnya, pemain berusia 28 tahun itu masih mempunyai kemampuan untuk bangkit sekiranya berjaya menguruskan kecederaan dan mengekalkan tahap kecergasannya.
"Memang bagus sebenarnya andai Lee Zii Jia diambil sebagai perseorangan ketiga.
"Statusnya dapat menguatkan pasukan Malaysia tetapi oleh kerana baru pulih daripada kecederaan, memang ada kelemahannya.
"Tapi kehadirannya tetap memberi kelebihan atas semangat dan kepakarannya yang sangat-sangat diperlukan," katanya di Nadi Weekend sebentar tadi.