Jurulatih beregu Jepun yang pernah memperkuatkan skuad Piala Thomas negara, Lee Wan Wah, melihat keperluan pemain beregu Malaysia untuk tampil menyerap trend baharu dari negara Eropah, yang jelas menunjukkan mutu permainan berkualiti dan setanding Asia.
Beregu Malaysia disaran perlu lebih bijak mendapatkan ritma permainan menerusi corak permainan terkini dan mengelak pukulan tinggi serta bermain secara 'drive' penting, namun perlu disesuaikan kepada waktu dan keadaan.
Advertisement
Bekas jaguh negara itu mengakui beregu negara memiliki gaya permainan yang hebat, tetapi perlu menyerap tekanan dan kekal tenang apabila berada dalam keadaan tegang dan memerlukan mata kemenangan.
Namun, prestasi perseorangan negara jelas neenyukarkan kempen negara di Horsens, Denmark, itu.
"(Persembahan negara tidaklah terlalu buruk tapi) perseorangan lelaki negara agak lemah kali ini, mungkin disebabkan masih muda dan berdepan tekanan.
"Oleh itu, mereka perlu lekas menangani tekanan," kataya.
Wan Wah yang memiliki dua pingat perak Piala Thomas percaya tiada apa-apa yang mustahil sekiranya kemahuan seseorang pemain itu benar-benar kuat kerana ia mampu direalisasikan menerusi pola permainan seimbang.
"Sukan ini makin berkembang maka setiap negara sudah mempunyai program masing-masing.
"Pada era saya negara seperti Jerman dan Perancis tidak lagi mempunyai kemudahan seperti hari ini malah, prestasi keseluruhan pemain juga sudah meningkat.
"Jadi untuk melihat seseorang itu mendominasi dalam tempoh 10 tahun agak sukar, lagipun kejohanan pun banyak," katanya pula.