Red Bull Arena, Salzburg bakal menjadi saksi Paris Saint-Germain (PSG) mengintai peluang menjadi pasukan ketiga yang berjaya mempertahankan kejuaraan Piala Super UEFA selepas AC Milan melakukannya pada 1989 dan 1990, Real Madrid tahun 2016 dan 2017.
Anak buah Luis Enrique menjulang trofi ini buat kali pertama tahun lalu menerusi kebangkitan penuh dramatik -- daripada ketinggalan dua gol, The Parisians mengikat permainan 2-2 sebelum memastikan kejuaraan menerusi sepakan penalti 4-3.
Di bawah kendalian Enrique, PSG sudah meraih 12 trofi dan kejayaan yang bakal diraih awal pagi Khamis nanti akan menjadi koleksi trofi yang ke-13.
Namun bertemu juara Liga Europa (UEL) 2025/2026, Aston Villa bukan mudah. Kali terakhir keduanya bertemu dalam suku akhir Liga Juara-Juara Eropah (UCL) 2024/2025 dengan PSG menang pusingan pertama 3-1 di Paris, sebelum Villa bangkit di aksi kedua menerusi kemenangan 3-2 namun belum cukup untuk menafikan kemaraan PSG yang menang 5-4 secara agregat.