Paris Saint-Germain (PSG) berjaya mempertahankan kejuaraan Piala Super UEFA selepas menewaskan Aston Villa 2-1 di Red Bull Arena, Salzburg awal pagi tadi.
Kini, skuad kendalian Luis Enrique itu menyamai rekod AC Milan yang melakukannya pada 1989 dan 1990 termasuk Real Madrid pada tahun 2016 dan 2017.
Gergasi Liga Perdana Inggeris (UEL) itu hampir mencipta kejutan susulan gol penyamaan oleh Brian Madjo pada minit ke-45, namun wakil Perancis itu menepati ramalan selaku pasukan pilihan.
The 2026 #SuperCup winners: Paris Saint-Germain 🏆 pic.twitter.com/RwG2imxxhW
— UEFA Champions League (@ChampionsLeague) August 12, 2026
Di sebalik pencapaian naib juara itu, Madjo menghasilkan sensasi tersendiri apabila diangkat sebagai penjaring termuda dalam sejarah kejohanan dengan usia 17 tahun dan 212 hari.
Untuk rekod, juara Liga Europa (UEL) akhirnya dibenarkan mendaftar Brian Madjo menghadapi perlawanan rasmi selepas Mahkamah Timbang Tara Sukan (CAS) mengekalkan rayuan mereka terhadap sekatan Persekutuan Bolasepak Antarabangda (FIFA) baru-baru ini.
History-maker.
Brian Madjo ✨#SuperCup pic.twitter.com/nJVAAup084— UEFA Europa League (@EuropaLeague) August 12, 2026
Dia menyertai Villa pada Januari tetapi peraturan FIFA mengehadkan perpindahan antarabangsa pemain bawah 18 tahun, menghalang pasukan itu daripada mendaftarkan Madjo, dengan alasan dia adalah pemain antarabangsa Luxembourg.
Pemenang Liga Europa (UEL) itu membawa pertimbangan dan merayu kepada CAS dengan alasan Madjo dilahirkan di England dan merupakan warganegara United Kingdom (UK).
Madjo yang dilahirkan di England membesar di Luxembourg, yang mana dia bermain untuk tiga kali tahun lalu sebelum mewakili pasukan England bawah 17 tahun (B-17).