BARCA 3 REAL MADRID 2
Advertisement
Xabi Alonso menyeru agar Real Madrid segera bangkit selepas kekalahan 2-3 dalam perlawanan akhir Piala Super Sepanyol kepada Barcelona, awal pagi tadi, sambil menyalahkan nasib malang dan krisis kecederaan atas kegagalan mengatasi musuh ketat itu.
Raphinha meletakkan Barça di hadapan sebelum tiga gol dalam tempoh empat minit daripada Vinicius Junior, Robert Lewandowski dan Gonzalo García menjadikan kedudukan 2-2 dalam separuh masa pertama.
Raphinha meledak gol kemenangan dalam babak kedua sejurus Madrid tidak dapat menyempurnakan peluang mereka pada lewat permainan.
Keputusan itu menyaksikan Barcelona memenangi kejohanan pertama musim Sepanyol dan mempertahankan trofi tersebut.
"Kami harus bangkit secepat mungkin," kata Alonso, apabila ditanya bagaimana reaksi pasukannya terhadap kekalahan itu di Jeddah, Arab Saudi itu.
"Ia adalah pertandingan yang paling tidak penting dalam kalangan kami.
"Kami perlu melihat ke hadapan, cuba mendapatkan kembali pemain daripada kecederaan, mendapatkan kembali semangat kami dan teruskan berjuang."