Skip to main content

Bola Sepak

Piala Super Sepanyol: Barcelona mara ke final dengan bergaya, idam aksi El Clasico

Ikuti perkembangan sukan terkini di saluran WhatsApp Astro Arena

LaLiga

BARCA 5 ATHLETIC 0

Barcelona beraksi cemerlang awal pagi tadi ketika menewaskan Athletic Club 5-0 untuk mara ke perlawanan akhir Piala Super Sepanyol.

Advertisement

Raphinha yang membintangi perlawanan tersebut menemui dua sentuhan pemusnah dan menghasilkan bantuan gol dalam aksi yang berlangsung di Jeddah itu.

"Saya fikir orang yang menjadikan perlawanan mudah atau sukar adalah kami sendiri.

"Nampaknya begitulah berdasarkan keputusan ini bukan mudah untuk mengalahkan Athletic.

"Saya fikir kami masih mencari tahap terbaik tetapi kami sangat bagus hari ini, itulah yang penting.

"Bermain menentang Athletic sentiasa menjadi sangat rumit, mereka mempunyai kualiti tinggi."

Rakan sepasukannya, Pau Cubarsi, pula mengidamkan untuk berentap dengan Real Madrid -- yang akan melawan Atletico Madrid awal pagi esok bagi menentukan satu lagi slot -- dalam perlawanan akhir.

"Semua orang mahukan perlawanan akhir 'El Clasico' tetapi sesiapa sahaja yang menjadi penghalang, kami akan terus berusaha."

Must Watch Video