ATLETICO 1 REAL 2
Real Madrid mara ke perlawanan akhir Piala Super Sepanyol selepas menewaskan Atletico Madrid 2-1 di King Abdullah Sports City di Jeddah, awal pagi tadi.
Advertisement
Jaringan Fede Valverde dan Rodrygo Goes meletakkan Los Blancos di kedudukan selesa sepanjang 90 minit permainan.
Valverde, bagaimanapun, melalui Diario AS mengakui bahawa Atleti merupakan pasukan yang lebih baik untuk sebahagian besar perlawanan itu.
"Ia adalah hari yang baik untuk sekali lagi menjaringkan gol. Kami perlu mengkritik diri sendiri. Atletico bermain lebih baik daripada kami.
"Kami adalah pasukan yang hebat, tetapi kami perlu tahu bagaimana untuk menderita dan bersatu. Kami sentiasa mahu memulakan langkah kemenangan.
"Kami sedikit tenang selepas gol pertama. Sukar untuk kami mempersembahkan corak permainan yang dimahukan.
"Kami mempunyai peluang tetapi melalui serangan balas."
Real Madrid akan berentap dengan Barcelona dalam perlawanan akhir awal pagi Isnin depan dan bagi Valverde, ia lebih daripada sekadar trofi Piala Super Sepanyol yang dipertaruhkan.
Bintang Uruguray itu berhasrat untuk membalas dendam atas kekalahan tahun lalu di peringkat yang sama, yang dimenangi oleh kelab Catalan tersebut 5-2.
"Kami perlu bersedia, berehat secukupnya.
"Kami perlu menang. Kami benar-benar teruja untuk membalas dendam.
"Adalah menjadi satu penghormatan untuk bertemu mereka dalam satu lagi perlawanan akhir."