Pengurus Real Madrid, Xabi Alonso, tidak senang dengan tindakan rakan sejawatannya di Atletico Madrid, Diego Simeone, yang melakukan provokasi yang dianggap melampau.
Perang mulut yang sengit tercetus di antara Vinicius Junior dan Simeone ketika Real Madrid menewaskan seterus kota itu untuk mara ke perlawanan akhir Piala Super Sepanyol, awal pagi Isnin depan.
Advertisement
Federico Valverde membuka jaringan dengan sepakan percuma yang menakjubkan hanya pada minit kedua perlawanan di Jeddah, Arab Saudi, itu dilangsung.
10 minit selepas separuh masa kedua, pemain Uruguay itu menjadi arkitek ketika Los Blancos menggandakan kelebihan mereka melalui Rodrygo, yang menewaskan Jan Oblak dengan penyudah yang bijak.
Atleti cuba untuk bangkit apabila Alexander Sorloth berhasil merapatkan jurang, namun anak buah Alonso kental bertahan untuk kemenangan 2-1, sekali gus menempah pertemuan Clasico dengan juara bertahan, Barcelona.
Ketua jurulatih Atleti itu dipercayai memekik ke arah Vinicius: "Florentino Perez (presiden Real Madrid) akan menendang anda keluar, ingat itu!
"Ingat bahawa mereka akan menendang anda keluar.
"Mereka akan menghalau awak keluar, ingat apa yang saya beritahu."
Kemudian, apabila Vinicius digantikan oleh Arda Guler di penghujung perlawanan dan perbalahan itu terbawa-bawa selepas wisel penamat.
Ejekan Simeone didorong spekulasi mengenai masa depan Vinicius di Madrid yang makin meningkat, memandangkan penyerang itu kini tanpa sebarang gol dalam 15 perlawanan.
Masa depan naib juara Ballon d'Or 2024 itu dikatakan semakin tidak menentu di ibu negara Sepanyol tersebut dan timbil khabar angin yang mengaitkannya ke Chelsea dan Liga Pro Saudi.
"Saya terdengar apa yang Simeone katakan kepada Vini dan saya tidak menyukainya," katanya.
"Anda tidak boleh bercakap seperti itu, sesetengah perkara melampau batas."