Skip to main content

Bola Sepak

Piala Sumbangsih: Ada dua situasi berbeza esok -- Jurulatih JDT

ff

Jurulatih Johor Darul Ta'zim (JDT), Xisco Munoz, berkongsikan perlawanan Piala Sumbangsih 2026 di Iskandar Puteri membawa dua situasi berbeza buat kem Harimau Selatan esok.

Perkara itu susulan selain merebut trofi itu buat kali ke-11 berturut-turut, JDT ketika ini berada di ambang untuk mencipta rekod dunia baharu dengan 109 perlawanan liga tanpa kalah.

Untuk rekod, kelab Ivory Coast, ASEC Mimosas merupakan satu-satunya pasukan yang memegang rekod dunia itu dengan 108 aksi tanpa kalah antara tahun 1989 hingga 1994.

"Esok hari yang istimewa buat kelab dan penyokong yang sentiasa menyokong kami. Esok hari yang penting buat kami, sukar untuk berada di sini dalam era bola sepak moden kini.

 

 

 

 

"Esok ada dua situasi berbeza, pertama adalah bersaing untuk trofi, kedua adalah kami hampir melakar sejarah dalam dunia bola sepak.

"Tahniah kepada pemain kerana untuk sampai ke tahap ini memang sukar, kerana dalam bola sepak mungkin anda akan melalui satu hari yang sukar, dengan satu kad merah, jadi mereka bekerja dengan baik tahun sebelum ini.

"Esok hari yang penting, kami akan berikan 100 peratus.

"Semestinya esok hari yang sukar, kali terakhir kami bertemu (Kuching City), mereka adalah lawan yang paling sukar buat kami ketika ini.

"Mereka ada pemain yang bagus, esok kami perlu kekal fokus." kongsinya.

Anda mungkin berminat dengan

Luzz pickleball Paddle Pro 4 Tornazo Carbon Fiber Pickleball Paddle - Dual-Layer Core

Luzz pickleball Paddle Pro 4 Tornazo Carbon Fiber Pickleball Paddle - Dual-Layer Core

PUMA X SQUID GAME AOP Relaxed Football Jersey (New Navy) 63070716

PUMA X SQUID GAME AOP Relaxed Football Jersey (New Navy) 63070716

Nike Academy Team (30L) Football Backpack - Black [DV0761-011]

Nike Academy Team (30L) Football Backpack - Black [DV0761-011]

PUMA ULTRA 5 PLAY FG/AG Adult Spikes Apple Green Grass Football 10768903 [Le Mai.com]

PUMA ULTRA 5 PLAY FG/AG Adult Spikes Apple Green Grass Football 10768903 [Le Mai.com]

Nike Men's Vomero 18 Road Running Shoes - White [HM6803-109]

Nike Men's Vomero 18 Road Running Shoes - White [HM6803-109]

Must Watch Video