Konfederasi Hoki Malaysia (KHM) dalam satu hantaran sebentar tadi mengumumkan senarai 20 pemain yang akan mewakili skuah hoki negara menghadapi Kejohanan Piala Sultan Azlan Shah edisi ke-32, yang akan berlangsung di Stadium Hoki Sultan Azlan Shah, Ipoh, dari 20 hingga 28 November ini.
Skuad negara hadir dengan keyakinan selepas muncul naib juara Sukan Asia Aichi-Nagoya 2026 dan meraih tempat ketiga dalam Kejohanan Trofi Juara-Juara Asia 2026 di Punjab, India baru-baru ini.
The Speedy Tigers bakal berdepan Australia, Pakistan, Korea, Kanada dan Amerika Syarikat.
Ini senarai penuh pemain:
Brendon Carolan memanggil 20 pemain bagi saingan Kejohanan Piala Sultan Azlan Shah 2026. The Speedy Tigers dijadual bertemu Kanada (aksi persahabatan) pada 18 November di Ipoh, Perak sebelum menyenaraikan skuad akhir 18 pemain. @ASTROARENA https://t.co/Sgze83xV7I
— karlnunis (@_karlnunis) November 16, 2026