Skip to main content

Silat

Piala SSJF 3.0: Simpan hasrat edisi akan datang lebih bertaraf dunia

SSJF
Advertisement

Tamat sudah penganjuran Piala Sport School Junior Fighter (SSJF) 3.0 anjuran Kelab Silat Olahraga Wira Titiwangsa (KSOWT) dengan harapan terus menjadi platform penting dalam mencungkil bakat baharu, memperkukuh pembangunan sukan pencak silat serta merapatkan hubungan antara pesilat dan pasukan dari dalam serta luar negara.

Dengan berakhirnya edisi kali ini, peminat dan penggiat sukan pencak silat kini dinantikan dengan penganjuran seterusnya menerusi edisi akan datang pada tahun hadapan.

Advertisement

"Kredit kepada semua ibu bapa yang menjadikan kejohanan ini seperti hari keluarga.

"Semua berkumpul memastikan program berjalan lancar.

Advertisement

"Seramai 50 atlet dari sekolah sukan membantu merasai mengurus pertandingan, sekali gus menjadi ilmu tambahan buat mereka.

"Saya boleh katakan ia adalah satu kejuaraan akar umbi yang tidak menawarkan kategori dewasa.

"Jadi, mereka boleh merasai pengalaman seperti kejohanan antarabangsa," kata penasihat KSOWT, Hazli Adnan.

Dia dalam masa sama memberi penekanan utama tentang teknik, kecergasan dan motivasi. Pengalaman dan berlaku persaingan antara satu sama lain termasuk cabaran dari pesilat luar negara mampu menghadiahkan pembelajaran berguna.

Menjelang edisi akan datang, Hazli menyimpan hasrat untuk menganjurkan pertandingan bertaraf dunia.

"Sekiranya diberi peluang, kami akan cuba sedaya upaya untuk mencipta kenangan terbaik buat semua yang menyertai.

"Saya berharap, sekiranya kami dapat bantuan daripada Kementerian Belia dan Sukan (KBS), Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) serta banyak lagi agensi mampu menghidangkan kejohanan yang lebih baik," katanya lagi. 

Anda mungkin berminat dengan

PUMA X SQUID GAME AOP Relaxed Football Jersey (New Navy) 63070716

PUMA X SQUID GAME AOP Relaxed Football Jersey (New Navy) 63070716

Nike Academy Team (30L) Football Backpack - Black [DV0761-011]

Nike Academy Team (30L) Football Backpack - Black [DV0761-011]

PUMA ULTRA 5 PLAY FG/AG Adult Spikes Apple Green Grass Football 10768903 [Le Mai.com]

PUMA ULTRA 5 PLAY FG/AG Adult Spikes Apple Green Grass Football 10768903 [Le Mai.com]

Luzz pickleball Paddle Pro 4 Tornazo Carbon Fiber Pickleball Paddle - Dual-Layer Core

Luzz pickleball Paddle Pro 4 Tornazo Carbon Fiber Pickleball Paddle - Dual-Layer Core

Nike Men's Vomero 18 Road Running Shoes - White [HM6803-109]

Nike Men's Vomero 18 Road Running Shoes - White [HM6803-109]

Related Topics

Must Watch Video