Seramai 39 atlet termasuk kakitangan jurulatih sebuah pasukan dari Kazakhstan akan membanjiri Piala Sport School Junior Fighter (SSJF) 3.0 anjuran Kelab Silat Olahraga Wira Titiwangsa (KSOWT) yang dijadual berlangsung di Stadium Titiwangsa bermula esok hingga 19 Okt ini.
Terdiri daripada pelapis hingga atlet berpengalaman, wakil luar negara itu sedia merebut kejuaraan sebagai persiapan menghadapi Kejuaraan Dunia di Uzbekistan pada Disember ini.
Maklumat lanjut:
Edisi ketiga kali ini mempertandingkan dua cabang utama, iaitu Jurus (Seni) dan Tanding (Olahraga).