Skip to main content

Bola Sepak

Piala Srikandi Merdeka: Malaysia bantai Jordan 4-0, akhiri saingan di tempat ketiga

Piala Srikandi Merdeka: Malaysia bantai Jordan 4-0, akhiri saingan di tempat ketiga

Skuad wanita Malaysia menutup kempen Piala Srikandi Merdeka 2026 dengan bergaya apabila membelasah Jordan 4-0 dalam aksi penentuan tempat ketiga di Stadium Nasional Bukit Jalil, hari ini.

Malaysia membuka tirai jaringan seawal minit pertama selepas Eman Muhannad tertampan masuk bola ke gawang sendiri untuk memberikan kelebihan awal.

Kelebihan itu kemudian digandakan menerusi Lim You pada minit ke-39, sekali gus membolehkan Malaysia menuju ke bilik persalinan dengan kelebihan 2-0.

Memasuki babak kedua, Malaysia terus menguasai permainan dan memperoleh gol ketiga menerusi Keisha Adeliena pada minit ke-50 selepas menyempurnakan sepakan penalti.

Jordan yang cuba merapatkan jurang terus berdepan kesukaran mengekang asakan tuan rumah sebelum Isabella O’Luanaigh melengkapkan kemenangan besar Malaysia dengan jaringan pada masa kecederaan, minit ke-90+4.

Kemenangan 4-0 itu memastikan Malaysia menamatkan saingan Srikandi Merdeka Cup 2026 di tempat ketiga, selain menutup kejohanan dengan persembahan meyakinkan di hadapan penyokong sendiri.

Anda mungkin berminat dengan

Nike Men's Vomero 18 Road Running Shoes - White [HM6803-109]

Nike Men's Vomero 18 Road Running Shoes - White [HM6803-109]

Luzz pickleball Paddle Pro 4 Tornazo Carbon Fiber Pickleball Paddle - Dual-Layer Core

Luzz pickleball Paddle Pro 4 Tornazo Carbon Fiber Pickleball Paddle - Dual-Layer Core

Nike Academy Team (30L) Football Backpack - Black [DV0761-011]

Nike Academy Team (30L) Football Backpack - Black [DV0761-011]

PUMA ULTRA 5 PLAY FG/AG Adult Spikes Apple Green Grass Football 10768903 [Le Mai.com]

PUMA ULTRA 5 PLAY FG/AG Adult Spikes Apple Green Grass Football 10768903 [Le Mai.com]

PUMA X SQUID GAME AOP Relaxed Football Jersey (New Navy) 63070716

PUMA X SQUID GAME AOP Relaxed Football Jersey (New Navy) 63070716

Related Topics

Must Watch Video