Skip to main content

Bola Sepak

Piala Srikandi Merdeka: Lim You tetap ranking pertama!

You

Perjalanan skuad bola sepak wanita bawah 17 tahun (B-17) negara terhenti dalam separuh akhir Piala Srikandi Merdeka 2026 selepas tewas 1-5 kepada Thailand, di Kudus, Indonesia, semalam.

Namun, sensasi bintang meningkat naik kebangsaan, Lim You, masih menjadi tumpuan tatkala mendahului ranking pertama selaku penjaring terbanyak kejohanan setakat ini.

Pemain kelahiran Taiwan itu mengumpul tujuh jaringan keseluruhan dan masih berbaki satu lagi perlawanan. Wakil tuan rumah dan Thailand mengekori rapat jumlah jaringan dengan tiga gol. 

Kesemua jaringannya hasil pertemuan menewaskan Arab Saudi dalam peringkat kumpulan. Lim You berpotensi menambah kutipan gol pada aksi terakhir kejohanan, sekali gus merangkul anugerah individu itu.

Pelapis Malayan Tigress itu mempunyai peluang untuk menamatkan kempen di tempat ketiga apabila dijadual bertemu Jordan minggu hadapan.

 

Anda mungkin berminat dengan

Nike Academy Team (30L) Football Backpack - Black [DV0761-011]

Nike Academy Team (30L) Football Backpack - Black [DV0761-011]

Nike Men's Vomero 18 Road Running Shoes - White [HM6803-109]

Nike Men's Vomero 18 Road Running Shoes - White [HM6803-109]

Luzz pickleball Paddle Pro 4 Tornazo Carbon Fiber Pickleball Paddle - Dual-Layer Core

Luzz pickleball Paddle Pro 4 Tornazo Carbon Fiber Pickleball Paddle - Dual-Layer Core

PUMA ULTRA 5 PLAY FG/AG Adult Spikes Apple Green Grass Football 10768903 [Le Mai.com]

PUMA ULTRA 5 PLAY FG/AG Adult Spikes Apple Green Grass Football 10768903 [Le Mai.com]

PUMA X SQUID GAME AOP Relaxed Football Jersey (New Navy) 63070716

PUMA X SQUID GAME AOP Relaxed Football Jersey (New Navy) 63070716

Must Watch Video