Malaysia mencatatkan kekalahan pertama dalam perlawanan Kumpulan A Piala Srikandi Merdeka apabila kecundang di tangan Indonesia 0-3 di Super Soccer Arena, Kudus malam tadi.
Terdahulu, anak buah Fairuz Montana Zainal Abidin itu merekodkan keputusan seri 0-0 bertemu Hong Kong dalam aksi pertama.
Selepas ini, pelapis Malayan Tigress akan menentang Arab Saudi sebagai perlawanan terakhir dengan misi wajib mencapai kemenangan untuk menghidupkan peluang ke pusingan seterusnya.