Skip to main content

Sukan

Piala Negara-Negara: The Speedy Tigers berdepan rintangan Scotland rebut tempat kelima

q

Skuad hoki kebangsaan akan berentap dengan Scotland dalam penentuan kedudukan kelima Piala Negara-Negara di Afrika Selatan malam esok, selepas mempamerkan kebangkitan ke atas Amerika Syarikat (AS).

Skuad dikejutkan oleh dua gol dalam separuh masa pertama, sebelum bangkit memanfaatkan tiga pukulan sudut penalti untuk kemenangan 4-2.

Ketua jurulatih The Speedy Tigers, Brandon Carolan, meskipun gusar dengan prestasi awal anak buahnya, menaruh harapan momentum kebangkitan sedemikian mampu diteruskan dalam aksi terakhir bertemu Scotland yang bekerja keras sebelum mengalahkan Ireland 8-7 dalam penentuan shoot-out.

 

 

 

"Karakter dalam separuh masa kedua membantu kebangkitan kami, pertahanan kami beraksi dengan lebih baik, begitu juga dengan pukulan sudut penalti kami.

"Saya mengharap aksi yang lebih baik pada hari esok," katanya dalam satu rakaman yang dikongsi oleh Konfederasi Hoki Malaysia (KHM).

 

Anda mungkin berminat dengan

adidas Football Argentina 26 Home Pre Match Jersey Men White JY9530

adidas Football Argentina 26 Home Pre Match Jersey Men White JY9530

LEGO Editions Sports 43020 FIFA World Cup Official Trophy (2842 Pieces)

LEGO Editions Sports 43020 FIFA World Cup Official Trophy (2842 Pieces)

adidas Football DFB GERMANY METAL BOTTLE Unisex White KF4127

adidas Football DFB GERMANY METAL BOTTLE Unisex White KF4127

adidas Football Spain 26 Home Fan Jersey Men Red JZ5780

adidas Football Spain 26 Home Fan Jersey Men Red JZ5780

adidas Football Mexico 26 Home Pre Match Jersey Men Green JY5485

adidas Football Mexico 26 Home Pre Match Jersey Men Green JY5485

Must Watch Video