Skip to main content

Bola Sepak

Piala Malaysia: Terengganu benam UM-Damansara, bawa bekalan selesa ke Gong Badak

Ikuti perkembangan sukan terkini di saluran WhatsApp Astro Arena

terengganu

Terengganu membawa bekalan selesa ke Gong Badak selepas menewaskan Universiti Malaya (UM) Damansara United 2-0 dalam perlawanan pertama pusingan 16, Piala Malaysia di Stadium UM Arena, Kuala Lumpur, sebentar tadi.

Rembatan Cereca seawal minit kelima permainan membuahkan hasil selepas mudah menewaskan penjaga gawang UM Damansara untuk Terengganu mendahului 1-0.

Advertisement

Pasukan tuan rumah berpeluang menyamakan kedudukan selepas dihadiahkan sepakan penalti, namun Video Semakan Pengadil (VAR) menafikan kesempatan itu sekali gus menutup babak pertama dengan Skuad Penyu kekal mendahului.

Masuk babak kedua pula menyaksikan UM Damansara cuba mendominasi penguasaan bola dengan mengatur beberapa siri serangan ke kubu Terengganu, namun tidak dapat menoktahkan dengan jaringan.

 

 

 

Begitupun, anak buah Tengku Hazman Raja Hassan menambah jaringan selepas gol sendiri daripada kapten UM Damansara, Shivan Pillay, yang gagal mengeluarkan bola dengan kemas pada minit ke-79 selepas situasi hura-hara di hadapan gawang.

Kedudukan 2-0 kekal hingga wisel penamat dan Terengganu membawa bekalan 2-0 sebelum aksi timbal balik nanti. 

Must Watch Video