Skip to main content

Advertisement

Bola Sepak

Piala Malaysia: Tempoh kritikal hingga tengah malam ini untuk tiga kelab AFL sahkan penyertaan

Ikuti perkembangan sukan terkini di saluran WhatsApp Astro Arena

Piala Malaysia

Timbul desas-desus mengenai status Kedah FA yang dikhabarkan tidak akan menyertai Piala Malaysia walaupun sudah layak secara merit dalam perebutan slot Liga A1 Semi-Pro.

Bagaimanapun, Ketua Pegawai OIperasi (COO) Liga Bolasepak Amatur (AFL), Mohd Raimi Fakri, menyifatkan Kedah FA bersama dua lagi pasukan iaitu Perak FA dan UM Damansara United diberi masa hingga 12 tengah malam ini untuk memberikan jawapan muktamad.

Advertisement


"Kedah FA merupakan pasukan terakhir yang layak secara merit untuk menyertai Piala Malaysia.

"Tapi saya tidak dapat pastikan sebab ketiga-tiga -- termasuk Perak FA dan UM Damansara United -- kerana mereka diberikan tempoh hingga 12 tengah malam ini.

"Walaupun kelayakan secara merit tapi ia merupakan jemputan daripada (penganjur), MFL (Liga Bolasepak Malaysia).

"Sebelum beri nama kepada MFL, kami perlu dapatkan kepastian daripada pasukan (terlebih dahulu)," katanya.

Jika mereka memilih untuk tidak menyertai, slot itu bakal diberikan kepada pasukan yang berada di ranking liga tertinggi selepas mereka yang menyaksikan Armed Forces menjadi calon utama.

"Kami telah menghantar surat kepada Armed Forces untuk senarai menunggu dan akan serahkan slot kepada mereka sekiranya ketiga-tiga kelab ini tidak mahu bermain dalam Piala Malaysia," katanya.

 

Must Watch Video