Skip to main content

Bola Sepak

Piala Malaysia: Senarai penuh pasukan layak bertanding

Ikuti perkembangan sukan terkini di saluran WhatsApp Astro Arena

Piala Malaysia

16 pasukan akan bertanding dalam saingan tertua bola sepak Asia Tenggara, Piala Malaysia, bermula bulan depan.

13 pasukan Liga Super dan tiga pasukan terbaik daripada Liga A1 Semi-Pro akan bertanding merebut trofi penutup musim berkenaan dengan undian pusingan awal dijangka akan diadakan hujung minggu ini.

Advertisement

Memandangkan pendahulu Liga A1, Selangor, dan pasukan yang menduduki tangga ketiga, Johor Darul Ta'zim II (JDT II) merupakan kelab sokongan, Perak, UM-Damansara dan Kedah FA mendapat kelayakan untuk menyertai Piala Malaysia musim ini.

Berdasarkan kedudukan semasa Liga Super, lapan pasukan teratas, iaitu, JDT, Kuching City, Selangor, Kuala Lumpur City, Terengganu, Negeri Sembilan, DPMM dan Sabah, akan diletakkan dalam balang A menjelang undian berkenaan.

Lima pasukan terbawah Liga Super, iaitu Imigresen, Kelantan The Real Warriors, Penang, Melaka dan PDRM, pula akan berada dalam balang B bersama tiga pasukan daripada Liga A1.

Senarai 16 pasukan layak ke Piala Malaysia
1. Johor Darul Ta’zim (JDT)
2. Kuching City
3. Selangor
4. KL City
5. Terengganu
6. Negeri Sembilan
7. DPMM
8. Sabah
9. Imigresen
10. Kelantan The Real Warriors
11. Penang
12. Melaka
13. PDRM
14. Perak
15. UM-Damansara United
16. Kedah FA

 

Must Watch Video