Skip to main content

Bola Sepak

Piala Malaysia: Selangor bawa pulang bekalan tipis dalam masa kecederaan

Ikuti perkembangan sukan terkini di saluran WhatsApp Astro Arena

Liga-M, Piala Malaysia, Liga Super

NEGERI SEMBILAN 0 SELANGOR 1

Selangor memerlukan masa kecederaan untuk membawa pulang bekalan tipis ke atas Negeri Sembilan dalam pertemuan suku akhir pertama di Stadium Tuanku Abdul Rahman, Paroi, sebentar tadi.

Advertisement

Dalam kerancakan yang dijelmakan kedua-dua seteru Liga Super itu, barisan kendalian Kim Pan-gon pula berputih mata apabila jaringan Chrigor Moraes pada minit ke-76 tidak disahkan pengadil, Tuan Mohd Yassin Tuan Mohd Hanafiah, selepas rujukan video bantuan pengadil (VAR) berikutan bola terlebih dahulu singgah di tangan penyerang kelahiran Brazil tersebut.

Namun, insiden di dalam kotak penalti pada masa kecederaan -- Moraes dirempuh Harith Samsuri -- menghadiahkan sepakan penalti kepada Gergasi Merah.

Moraes pantas memanfaatkan peluang keemasan itu dengan rembatan kaki kanannya untuk memberikan kelebihan tipis buat pelawat menjelang aksi timbal balik Sabtu depan.

 

 

Must Watch Video