Skip to main content

Bola Sepak

Piala Malaysia: Saya masih belum berpuas hati, patutnya 8-1 -- Pan-gon

Ikuti perkembangan sukan terkini di saluran WhatsApp Astro Arena

pom

Pengurus Selangor, Kim Pan-gon, enggan terlalu berpuas hati dengan prestasi semasa dipamerkan anak buahnya selepas menewaskan Negeri Sembilan 5-1 dalam saingan suku akhir kedua Piala Malaysia di Petaling Jaya, malam tadi.

Jurulatih dari Korea Selatan berusia 56 tahun itu turut menjelaskan pasukannya dalam usaha membina budaya serta 'DNA' memburu jaringan awal dalam setiap perlawanan bagi mengekalkan dominasi sepanjang permainan.

Advertisement

"Saya gembira dengan keputusan dan apa yang pemain Selangor pamerkan, sangat indah. Permulaan bagus selepas mencipta peluang untuk jaringkan gol. Saya gembira stadium penuh dan dapat memberikan mereka (penyokong) aksi terbaik.

"Ini adalah laman kami sendiri, kami cuba untuk membina karakter dalam pasukan. Pemain bersemangat untuk tepati sasaran. Saya yakin penyokong Selangor gembira malam ini.

 

 

 

 

"Kami cuba membina budaya dan DNA cipta gol awal, kami mahu mendominasi perlawanan. Jika tidak jaringkan gol awal mungkin akan sukar.

"Masih banyak perkara perlu diperbaiki, saya masih belum berpuas hati kerana tahap kami masih belum berada di tahap terbaik. Perlu terus bekerja keras" ujarnya dalam sidang media praperlawanan malam tadi.

Ketika wartawan Astro Arena, Fina Nasro, bertanyakan mengenai keputusan kemenangan 5-1 itu, dia dengan bersahaja berkata: "Saya rasa keputusan malam ini sepatutnya 8-1."tambahnya.

Selangor menewaskan Negeri Sembilan dengan agregat 6-1, Kuching City akan menanti Selangor dalam saingan separuh akhir nanti.
 

Must Watch Video