Skip to main content

Bola Sepak

Piala Malaysia: Richard kagumi proses pemulihan Arif Aiman, puji persembahan Haziq Nadzli

Piala Malaysia: Richard kagumi proses pemulihan Arif Aiman, puji persembahan

'Ia 15 minit yang cukup sempurna', itu pandangan pemerhati bola sepak tempatan, Datuk Richard Scully, kagum dengan proses rehabilitasi dilalui Arif Aiman Md Hanapi, sepanjang tempoh enam bulan sehingga membolehkan sentuhan berbisanya seakan tidak terkesan dengan berikutan rehat panjang sebelum ini.

Selepas melewati tempoh di luar padang yang cukup lama susulan mengalami kecederaan hamstring, Arif Aiman kembali gelanggang dengan gol yang cukup cemerlang ketika membantu Johor Darul Ta'zim (JDT) menjuarai Piala Malaysia menerusi kemenangan 2-0 ke atas Kuching City Sabtu lalu.

Walaupun ini merupakan penampilan kali pertama selepas pulih dari kecederaan, jaringan Arif cukup untuk membuktikan dia melalui proses yang tepat untuk kembali ke prestasi asalnya.

"Jaringan yang cukup baik. Tak semestinya bermain 90 minit untuk dinobat sebagai pemain terbaik perlawanan. Satu sentuhan, satu momen sudah cukup untuk mengangkat pemain meraih anugerah itu," kata Richard menerusi Nadi Arena.

"Gerakan yang dipamerkan oleh Arif itu merupakan satu terjemahan proses rehabilitasi yang cukup baik. Mana-mana pemain yang belum berada di tahap terbaik tidak mampu untuk melakukan percubaan yang cukup cemerlang seperti itu.

Namun Richard tidak menafikan kemampuan penjaga gol Kuching City, Haziq Nadzli sebagai salah satu calon bagi pemain terbaik perlawanan sehinggalah 15 minit terakhir meletakkan Arif sebagai pilihan paling legit untuk menggondol anugerah itu.

"Betul, sebelum Arif masuk beraksi, saya sendiri melihat ketangkasan Haziq sepanjang permainan meletakkan dirinya layak diangkat sebagai pemain terbaik perlawanan, namun sentuhan jaringan Arif itu menjadi penentu kejuaraan dan ia memihak kepadanya."
 

Anda mungkin berminat dengan

adidas Unisex X Speedportal Messi.1 FG Outdoor Boot Football Shoe (GW8387) Sport Planet 55-03

adidas Unisex X Speedportal Messi.1 FG Outdoor Boot Football Shoe (GW8387) Sport Planet 55-03

Yonex Mens HY Ultra Mens Badminton Shoes (WHITE / BLACK) - Sports Direct

Yonex Mens HY Ultra Mens Badminton Shoes (WHITE / BLACK) - Sports Direct

adidas Football AFA ARGENTINA SHOE BAG Unisex Blue KE7102

adidas Football AFA ARGENTINA SHOE BAG Unisex Blue KE7102

Puma Male Classics Block Tee (PUMA Black-Hot Heat) 53561774

Puma Male Classics Block Tee (PUMA Black-Hot Heat) 53561774

JDT Roundneck Tiger Claw 1067 Red

JDT Roundneck Tiger Claw 1067 Red

Must Watch Video