Ketua jurulatih Kuala Lumpur City, Risto Vidakovic, yakin pasukannya masih mampu untuk melakar kebangkitan dalam aksi timbal balik pusingan 16 Piala Malaysia hujung minggu ini walaupun dikejutkan dengan kekalahan 0-2 di tangan Perak dalam aksi pertama di Manjung malam tadi.
Di sebalik kekalahan itu, Vidakovic akui Perak pasukan yang lebih layak menang tetapi perjuangan KL City masih belum tamat.
Advertisement
"Saya sudah menjangkakan permainan seperti ini, mereka pasti akan bertahan jauh ke bawah," katanya selepas perlawanan itu.
"Saya rasa kami tidak bermain dengan cukup laju sewaktu memiliki bola dan tidak mencipta banyak peluang, jadi saya rasa mereka lebih layak menang dan kami kini perlu bersedia untuk perlawanan timbal balik dan cuba untuk menterbalikkan keputusan ini.
"Saya rasa kami mampu untuk melakukannya di laman sendiri."