Ibarat melepaskan peluru ketika mencipta jaringan pertama bersama Terengganu, Gervane Kastaneer, masih belum mampu mengukir senyuman.
Penyerang kebangsaan Curacao itu belum berpuas hati dengan prestasinya walaupun membantu skuad Peteh meraih keputusan positif dalam aksi suku akhir pertama Piala Malaysia di Stadium Sultan Mizan Zainal Abidin, malam tadi.
Advertisement
"Beberapa kali kami dapat mencipta kombinasi gerakan yang menarik.
"Gandingan kami akan tambah serasi memandangkan saya baru seminggu tiba di sini.
"Jadi saya mahu menebusnya dengan jaringan dalam pertemuan kedua," katanya di Nadi Weekend.
Sementara itu, pertahanan KL City, Giancarlo Gallifuoco, menolak tanggapan bahawa pasukannya bernasib baik susulan jaringan lawan pada minit-minit akhir permainan dibatalkan.
Gallifuoco, bagaimanapun, tampil berseloroh mengenai insiden yang membabitkan rakan sepasukannya itu.
"Dalam dua perlawanan terakhir ia turut berlaku.
"Tapi bagi saya ini keputusan yang adil dan saya tidak sabar untuk menghadapi pertemuan timbal balik," katanya.