Skip to main content

Bola Sepak

Piala Malaysia: KL City lega percaturan di bangku simpanan beri impak

Ikuti perkembangan sukan terkini di saluran WhatsApp Astro Arena

KL City

Jurulatih Kuala Lumpur (KL) City, Risto Vidakovic, lega apabila percaturan berani matinya membuahkan hasil apabila kemasukan Safawi Rasid membuahkan hasil dalam pertemuan suku akhir pertama Piala Malaysia menentang Terengganu di tempat lawan, malam tadi.

The City Boys bangkit mengikat lawan 1-1 dan Vidakovic sejurus perlawanan turut mendedahkan maksud sebenar di sebalik kenyataannya sebelum ini, berhubung pengorbanan anak buahnya yang seolah-olah tidak dihargai.

Advertisement

"Pemain-pemain saya telah bertungkus-lumus sejak dua bulan lalu. Lebih-lebih lagi Safawi yang tidak pernah berehat sejak liga bermula.

"Saya mahu rehatkannya dan masuk memberikan impak. Perjuangan kami masih bernyawa. Pemain bermotivasi tinggi, mereka mampu meraih kejayaan.

"Kelab tidak beri reaksi dalam membawa pemain baru untuk memantapkan pasukan.

"Kami masih berjuang untuk tempat kedua Liga Super, kami akan menghrungi setiap permainan macam final.

"Tidak banyak baki perlawanan dan lihat sahajalah nanti sejauh mana kami mampu capai," katanya. 

Must Watch Video