Terengganu tidak berjaya memanfaatkan peluang beraksi di laman sendiri untuk membawa bekalas selesa selepas terikat berdepan Kuala Lumpur (KL) City 1-1 dalam saingan suku akhir pertama Liga Malaysia di Stadium Sultan Mizan Zainal, sebentar tadi.
Skuad kendalian Tengku Hazman Raja Hassan bermula cukup garang dengan menyerang bertali arus ke kubu pelawat sejak wisel dibunyikan dengan beberapa siri percubaan.
Advertisement
Perkara itu berterusan sehingga rembatan deras yang dilepaskan pemain import baru skuad Peteh, gervanne kastaneer, menerjah gawang pada minit ke-16 untuk menewaskan Quincy Kammeraad untuk mendahului 1-0 dalam babak pertama.
Skuad kendalian Risto Vidakovic kembali memperkemaskan jentera serangan dalam awal babak kedua, namun The City Boys terlepas peluang keemasan menyamakan kedudukan apabila tampanan victor ruiz pada minit ke-48 melambung tinggi.
Bagitupun, Nicolao Dumitru berjaya menyamakan kedudukan buat pasukan pelawat untuk terikat 1-1, meskipun Baqiuddin Shamsudin berpeluang meletakkan Terengganu mendahului sekali lagi namun jaringannya dinafikan video bantuan pengadil (VAR) untuk kedudukan berakhir dengan keputusan 1-1 di Gong Badak.
Terengganu akan hadir ke Cheras bagi aksi timbal balik suku akhir kedua pada 13 Februari nanti.