Skip to main content

Bola Sepak

Piala Malaysia: Kelantan TRW dalam keadaan terbaik, sedia hadapi Selangor

Ikuti perkembangan sukan terkini di saluran WhatsApp Astro Arena

Akmal Rizal

Pembantu jurulatih Kelantan The Real Warriors (TRW), Akmal Rizal Ahmad Rakhli, berkata pasukannya kini dalam keadaan terbaik dan bersedia untuk menghadapi Selangor bagi aksi pertama pusingan 16 Piala Malaysia di Kota Bharu malam esok.

Menurutnya, beberapa pemain yang sebelum ini mengalami kecederaan sudah pulih sepenuhnya, manakala tonggak tengah, Habib Harron, pula sudah bebas daripada penggantungan perlawanan.

Advertisement

Akmal Rizal juga sedar pasukannya perlu berjaga-jaga dengan barisan serangan Selangor, terutama pemain di bahagian sayap.

"Persiapan pasukan untuk menentang Selangor dalam keadaan baik, beberapa pemain yang mengalami kecederaan sudah kembali belatih dan Habib Haroon, yang digantung perlawanan, sudah kembali bersama pasukan," katanya kepada Astro Arena.

"Saya memiliki skuad yang bersedia untuk menghadapi Selangor bagi perlawanan Piala Malaysia esok."

Mengulas lanjut mengenai perlawanan itu, Rizal menambah: "Saya melihat mereka (Selangor) memiliki semangat baru, mereka menang dua perlawanan sejak bersama Kim Pan-gon (ketua jurulatih).

"Kami perlu memberikan lebih perhatian kepada barisan pemain sayap mereka kerana banyak serangan mereka dijana melalui pemain sayap seperti Quentin Cheng, Mukhairi Ajmal (Mahadi) dan Faisal Halim.

"Tiga pemain ini kami perlu memberikan perhatian khusus kerana mereka boleh melakukan hantaran lintang dan Chrigor Moraes sudah pasti sedang berada dalam prestasi terbaik selaku pendahulu penjaring terbanyak liga, jadi kami perlu sentiasa mengawasi pergerakannya di dalam kawasan penalti kami."

 

 

Must Watch Video