Kejutan berlaku di Manjung apabila Perak FA berjaya menewaskan gergasi Liga Super, Kuala Lumpur (KL) City, 2-0 dalam perlawanan pusingan 16 Piala Malaysia sebentar tadi.
Kelab amatur Liga A1 Semi-Pro itu membawa bekalan selesa dua gol menjelang aksi timbal balik kedua di Cheras minggu depan. Dan, satu tugas sukar menanti The City Boys untuk melakar kebangkitan di tempat sendiri nanti.
Advertisement
Daniel Hakimi Ahmad Azmil bertindak bijak menyempurnakan peluang pada minit ke-11 apabila sepakannya menewaskan penjaga gol, Quincy Kammeraad, usai serangan pantas dilakukan tuan rumah.
Pelawat cuba menyamakan kedudukan, namun kelebihan memihak Perak sehingga tamat separuh masa pertama.
KEPUTUSAN MASA PENUH | PM R16-1#PialaMalaysia2025-26 #LigaMalaysia #DemiLigaKita pic.twitter.com/ub43PSDtJn
— Malaysian Football League (@MFL_MY) January 18, 2026
Pelbagai percubaan, beberapa usaha dalam kotak penalti gagal diterjemahkan oleh skuad kendalian Risto Vidakovic walaupun mendominasi keseluruhan permainan.
Kemasukan pemain naturalisasi Harimau Malaya, Paulo Josue, juga tidak memberikan impak besar, sebaliknya terus buntu mencari jaringan.
Gol kemenangan hadir pada minit ke-53 tatkala Fadhil Mohammad Azmi menanduk masuk untuk Perak FA membuktikan kredibilti walaupun berdepan pasukan pilihan.