Skip to main content

Bola Sepak

Piala Malaysia: Kami tunjuk aksi terburuk tapi yang penting menang -- Jurulatih KL City

Ikuti perkembangan sukan terkini di saluran WhatsApp Astro Arena

Risto vidakovic

Ketua jurulatih Kuala Lumpur City, Risto Vidakovic, mengakui pasukannya mempamerkan aksi terburuk ketika bangkit menewaskan Terengganu 2-1 dalam aksi suku akhir kedua Piala Malaysia di Cheras hari ini.

Selepas terpaksa bangkit mengikat kedudukan 1-1 dalam aksi pertama di Kuala Terengganu awal bulan ini, The City Boys melalui situasi sama apabila Akhyar Rashid membuka jaringan pelawat dalam separuh masa pertama.

Advertisement

Bagaimanapun, mereka bangkit dalam separuh masa kedua menerusi gol penyamaan Victor Ruiz sebelum Mr. Kuala Lumpur, Paulo Josue, melengkapkan kebangkitan itu dengan gol kemenangan pada penghujung permainan.

Vidakovic mengakui pasukannya mempamerkan aksi terburuk yang pernah disaksikannya sejak mengendalikan pasukan itu tetapi lega kemenangan akhirnya memihak mereka.

"Kami tidak bermain dengan baik, mungkin aksi terburuk sejak saya berada di sini," katanya kepada wartawan Astro Arena, Fina Nasrom.

"Tetapi sudah pasti ia disebabkan tekanan melampau yang kami hadapi menentang lawan yang amat sukar, pasukan yang bagus, jadi semuanya menjadi rumit.

"Dalam dua perlawanan lalu, kami dibolosi banyak gol dalam separuh masa pertama dan saya fikir, kami tidak bermain sepertimana yang kami boleh bermain.

"Pada akhirnya, perkara terpenting adalah kami menang dan dapat ke pusingan seterusnya."

 

Must Watch Video